top of page

MENDAKI buka permohonan bagi 6 biasiswa, dermasiswa

Berita Mediacorp | 2 April 2021

SINGAPURA: Permohonan bagi biasiswa dan dermasiswa Yayasan MENDAKI untuk para penuntut politeknik kini sudah dibuka, menurut badan bantu diri itu.


Jika anda seorang pelajar politeknik, anda boleh memohon bagi enam jenis biasiswa dan dermasiswa.


Ia terdiri daripada Dermasiswa Dana Amanah Pendidikan (ETF) - Nomanbhoy, Dermasiswa Program Asas Politeknik (PFP) Dana Amanah Pendidikan (ETF) - Siddiqui, Yayasan SM Jaleel - Skim Bantuan ETF (Dermasiswa/Biasiswa), Yayasan MENDAKI - Biasiswa Pedagang, Dermasiswa Khas Melayu dan Biasiswa Yayasan MENDAKI.


Tarikh tutup permohonan ialah 23 April ini.


DERMASISWA ETF - NOMANBHOY


Dermasiswa ETF- Nomanbhoy akan diberikan kepada 10 penuntut politeknik sebanyak S$1,500 setiap seorang.


Pelajar Melayu/Islam yang memohon mestilah rakyat atau Penduduk Tetap (PR).


Pendapatan bulanan bersih keluarga (MHI) mereka harus berjumlah S$1,800 ke bawah, atau pendapatan per kapita keluarga (PCI) sebanyak S$450 ke bawah.


Pemohon juga harus meraih keputusan baik akademik dalam bidang pengajian mereka dan tidak menerima sebarang dermasiswa lain.


DERMASISWA PFP ETF - SIDDIQUI


Seramai tiga penuntut politeknik tahun pertama akan menerima S$1,000 seorang di bawah Dermasiswa PFP ETF - Siddiqui.


Pemohon kini seharusnya sedang mengikuti PFP sepenuh masa di mana-mana politeknik tempatan.


Jumlah pendapatan bersih keluarga juga tidak boleh melebihi S$1,800 sebulan atau pendapatan per kapita keluarga sebanyak S$450 ke bawah serta keputusan baik bagi peperiksaan Peringkat GCE 'N'.


YAYASAN SM JALEEL - SKIM BANTUAN ETF


Penerima dermasiswa Yayasan SM Jaleel - Skim Bantuan ETF akan menerima S$1,000, manakala penerima biasiswanya akan mendapat S$2,000.


Pelajar hendaklah mengikuti program diploma di mana-mana politeknik tempatan serta mempunyai PCI sebanyak S$450 ke bawah.


Penerima dermasiswa harus meraih keputusan baik bagi peperiksaan GCE 'N, 'O' atau 'A', atau Diploma Politeknik; atau Diploma International Baccalaureate (IB).


Jangan bimbang jika anda punya kondisi perubatan atau anggota keluarga yang menghidapi penyakit, dan/atau memiliki rekod baik penyertaan aktif bagi kegiatan luar darjah. Anda akan dipertimbangkan.


Penerima biasiswa pula harus meraih keputusan cemerlang dalam GCE 'N', 'O' atau 'A' dengan kriteria-kriteria tertentu; atau NITEC Tinggi dengan Nilai Purata Gred 3.5 ke atas; atau Sijil Merit daripada politeknik tempatan; atau agregat minimum 37 mata bagi Diploma International Baccalaureate.


BIASISWA MENDAKI-PEDAGANG


Penerima Biasiswa MENDAKI - Pedagang disediakan bagi penuntut politeknik tahun pertama. Biasiswa tersebut meliputi 100 peratus yuran tuisyen dan/atau S$1,000 sebagai elaun penginapan setahun.


Kursus yang lebih diutamakan bagi biasiswa tersebut termasuk biokejuruteraan, sains kesihatan dan hayat, kejururawatan, multimedia dan animasi, reka bentuk media digital dan kejuruteraan.


Mereka yang layak termasuk penuntut tahun pertama kursus diploma Politeknik Nanyang (NYP), Politeknik Ngee Ann (NP), Politeknik Singapura (SP), Politeknik Temasek (TP) atau Politeknik Republik (RP).


Penuntut daripada keluarga berpendapatan rendah akan diberi keutamaan.


DERMASISWA KHAS MELAYU


Penerima Dermasiswa Khas Melayu pula akan menerima elaun penginapan bernilai S$1,700 setiap tahun. Jika anda sedang mengikuti pengajian tahun pertama dalam kursus diploma sepenuh masa di NYP, NP, SP, TP dan RP, anda layak memohon.


Selain perlu mempunyai keputusan pendidikan yang baik, pelajar juga mesti memohon bagi skim Subsidi Yuran Tuisyen Posmenengah MENDAKI (TTFS) jika pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi S$2,000.


BIASISWA YAYASAN MENDAKI


Tiga biasiswa bernilai S$2,000 setiap satu akan diberikan kepada para penuntut tahun pertama, yang akan dihulurkan tahunan sepanjang tempoh pengajian mereka.


Antara kriteria kelayakan bagi biasiswa tersebut termasuk keputusan cemerlang dalam peperiksaan Peringkat GCE 'O', 'A' dengan tiga kepujian atau NITEC/Higher NITEC dengan GPA 3.5 ke atas dan meraih rekod baik kegiatan luar darjah.

Keyboard and Mouse

Articles

Articles

Teamwork

Your Support Matters!

With your help, we hope to raise $12 million to support the education needs of children from disadvantaged Malay/Muslim families. 

bottom of page